Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

17 Oktober 2012

Pelabur Emas Risau Dalam Cemas, Lagi Pendedahan (Episod 13)

Hari ini, muka depan sebuah akhbar popular tempatan mendedahkan kenyataan pihak berkuasa, bahawa banyak lagi skim perniagaan emas yang meragukan. Dengan beraninya akhbar tersebut menyebut nama-nama syarikat tersebut tanpa berselindung.

Saya ada ramai kawan di kalangan wartawan, dan saya tahu, sesuatu berita terutama nama yang khusus tidak boleh sewenang-wenangnya ditulis dalam akhbar sebelum cerita tersebut dipastikan. Kalau tidak, penerbit, penulis dan yang sewaktu dengannya boleh berhadapan dengan saman di mahkamah.

Dulu Saya Sudah Dedahkan

Dari dulu lagi, saya menimbulkan banyak keraguan mengenai pelaburan emas ini. Antaranya saya syak, ada orang yang mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga emas beberapa tahun ini untuk mencari pelabur baru. Tapi, adakah pelaburan itu benar-benar terjamin ?

Dalam bab jaminan ini ada dua. Pertama, adakah pelaburan ini berlesen ? Kedua, kalau berlesen pun, apakah risiko yang boleh kena pada pelabur ?

Bukan saya dengki kepada sesiapa terutama kepada pengusaha, agen atau pelabur. Tapi saya mengenang sejarah lampau iaitu sudah ramai terutama yang sebangsa dan seagama dengan saya yang terduduk rugi kerana tertipu. Juga saya teringat cerita orang dulu-dulu iaitu Mat jenin, Lebai Malang dan Si Luncai.

Mudah-mudahan Tidak Tertipu

Saya percaya, puluhan ribu malah mungkin ratusan ribu pelabur yang terlibat dalam pelaburan ini. Jumlahnya pula bukan sikit punya ringgit. Kalau pelabur seorang melabur dalam RM 1,000 atau 5,000. Tak reti saya nak kira. Tapi macam kalau duit tu beli tempe, boleh susun tempe tu dari Johor Bahru sampai Songkla, Siam.

Termasuk yang disebut dalam akhbar berkenaan yang kawan saya masuk. Yang saya tahu, cara perniagaannya ada dengan membeli dan memiliki emas, bukan pelaburan secara lansung. Jadi, mungkin juga kalau syarikat ini diambil tindakan, maka pembeli masih memiliki emas dan boleh dijual di tempat lain. Cuma persoalan lain adalah ketulinan emas berkenaan dan berapa harga yang laku jika dijual ditempat lain ?

Selamatkan Duit Kita Dulu

Lagi satu, kalau syarikat itu hanya sebagai pelaburan dan pelabur tidak memiliki apa-apa, risikonya lagi berat. Kalau sayalah, kalau cerita ini dah keluar, elok hari ini juga pergi dapatkan duit kita balik semula. jangan fikir nak untung, dapat duit pokok kita pun dah cukup. kalau syarikat itu ada janji nak kasi berlipat ganda, janganlah percaya, selamatkan duit kita dulu.

Nak salahkan sesiapa dah tak boleh. Terimalah hakikat yang kita dulu dah tertipu atau kena tipu, sekarang masanya nak selamatkan diri kita. Bukan kita hendak kena tipu tapi dah terkena, nak buat macam mana.

Diharapkan, pelabur semuanya selamat, sama-sama kita doakan. Biar pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dengan baik. Janganlah ada orang kita kata, tindakan pihak berkuasa ini adalah untuk sekat ekonomi orang kita. Atau kata, ini adalah agenda musuh kita hendak menjatuhkan ekomoni orang kita, dan sebagainya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.